Target tahun 2018 ni, yang mamy mahu kasih turun berat badan, lepas tu mahu kembali aktif bersukan. Yang si daddy pula mahu fit balik. Alang-alang, kenapa tidak satu family fit dan sihat kan?.
Jadi sebagai permulaan, last week 28 hb Januari 2018, kami sekeluarga dan anak-anak buah buat aktiviti, hiking sambil riadah.
So, tempat-tempat kami pergi ialah:
1. Matanoi Hill, Apin Apin
2. Sungai Kg.Nuntunan, Apin Apin
3. Gua Laing
4, Taman Rekreasi Bandukan
Kira- kira jam 7.00 am bertolak ke Matanoi Hill bersama anak-anak dan juga anak-anak buah. yang silapnya, semua tidak bersarapan masa tu.
Masa naik Matanoi Hill, kami ikut Gate A kemudian turun ikut laluan Gate B.
Curam bukan main laluan Gate A dan agak licin sebab malam sebelum tu, hujan.
Dengan gagahnya, kami semua naik juga. sampai saja di puncak Matanoi Hill, anak saya Berry, muntah-muntah. Nasib baik, mamynya ini ada bawa Performance Drink.
Bagi anak minum Performance Drink, dan rehat kejap. 15 minit kemudian, sambung balik perjalanan turun. Hebat Performance Drink ni, rahsia kekal bertenaga. Kami turun ikut laluan Gate B, lagilah licin. Tapi anak saya Berry bukan main laju dia turun bukit.
Sampai di bawah, rasa seronok sebab berjaya daki Matanoi Hill..Yeahhh!!. Lepas tu kami bergerak ke Sungai Nuntunan. Rendam-rendam kaki, ada juga anak-anak buah yang mandi.Tapi oleh kerana terlalu sejuk, tidak jadilah mandi lama-lama hahaha. Lagi pun kami perlu bergerak ke destinasi yang seterusnya, iaitu Gua Laing.
Sebelum kami meneruskan perjalanan ke Gua Laing, kami singgah sekejap bersarapan di rumah ipar saya. Terima kasih ya ipar, jemput kami sarapan nasi goreng dan mee goreng. Perut kosong sudah terisi, rasa bersemangat untuk meneruskan perjalanan ke destinasi yang seterusnya.
Cuaca agak panas, tapi..... tup tup...kami sampai juga Gua Laing.
Lama tidak masuk hutan. Rasa seram sejuk lalu kawasan tu. Tapi orang tua-tua cakap jangan tegur kalau nampak benda-benda pelik.
Sepanjang perjalanan, jalannya licin dan becak. Paha terasa sakit ketika panjat bukit. Entah berapa kalori yang terbakar masa tu.
Sedar tak sedar kami sampai di mulut Gua Laing.
Suami, anak lelaki saya dan anak -anak buah masuk ke dalam perut Gua Laing. Saya dan anak perempuan stay di luar mulut Gua Laing. Anak perempuan tiba-tiba saja jadi pucat dan panik bila nampak kelawar lalu atas gua. Itu pasal saya pun tidak jadi masuk, temankan anak di luar. π
Rugi tidak masuk, lain kali saya mahu masuk laa... hehe. Macam sedang ber "caroling" pula pegang lilin dalam gua.
kira-kira 15minit, suami dan anak keluar. Kali ni kaki rasa penat sangat, sebab perlu turun bukit lagi. Nasiblah ada tali sepanjang tangga tu.
Sebelum teruskan perjalanan, kami berehat sekejap di tepi anak sungai.... anak saya Berry sempat berendam separuh badan.. weeee sejuk sangat air dia.π
Selepas berehat sekejap, kami teruskan perjalanan. Sebelum meninggalkan Gua Laing, sempat juga ambil gambar kenangan di tempat laluan masuk utama.
Okey, destinasi yang seterusnya, Taman Rekreasi Bandukan. Muka yang sunburn, penat, dan badan yang sakit-sakit segala, tapi kalau jumpa sungai, dapat mandi memang best sangat kan..
Sebelum masuk sungai untuk bermandi-manda, sempat juga bergambar di jambatan gantung Taman Rekreasi Bandukan. Haaa... semua pun nampak letih kan. hehe
Anak-anak tidak sabar bermandi-manda. Saya dan suami cuma duduk rendamkan kaki. Kalau ada bawa baju salinan, confirm terjun juga kami berdua ikut mandi-manda. haha.
Rasanya, aktiviti hujung minggu lepas sangat memenatkan. Tapi rasa berbaloi. Anak-anak pun gembira. Kalau tiap hujung minggu macam ni, memang 1Family jadi Fit.. haha. Permulaan yang cukup baik dengan bantuan Performance Drink. Sebelum tidur, anak-beranak telan Ostematrix supaya masa tidak tidaklah kejang sana sini.
Nampaknya itu sajalah perkongsian dari saya untuk kali ni. Pastinya akan ada 1Family Fit and Healthy: Part ke 2 dari saya.
Terima kasih kerana sudi membaca.
Luv,
Cikgu Joy
Wow! Boleh cuba hiking sini nt π
BalasPadamJomm..sambil visit2 keningau
PadamWaaa best oh.. Lama tdk masuk hutanπ
BalasPadamwahhh best ohhhh nt la ank besar skit mau pg ni π
BalasPadamwaa best ow.. salah satu target 2018 la ni hiking sama2 family, heheh
BalasPadamBestnya satu family bah pigi menaki π
BalasPadamDi mana ni? Mcm best
BalasPadamYg Matanoi d Apin2.. yg gua laing d bingkor.. hehe
PadamWaaa best oh .terus rindu hiking ini.
BalasPadamBest ni kalau gini ni. Tak sabar anak² besar, boleh lah ajak anak² sekali
BalasPadam