Khamis, 8 Februari 2018

TIROID: Punca dan Cara Merawatnya

Iodin (Iodium) merupakan mikronutrien yang digunakan oleh badan untuk mengeluarkan hormon tiroid iaitu Thyroxine (T4) dan Triiodothyronine (T3) yang berfungsi mengawal metabolisme (pengeluaran tenaga) sepanjang hayat. Kekurangan Iodin (Iodium) dalam diet dipanggil Penyakit Kekurangan Iodin (IDD).

Iodin atau Iodium, adalah unsur kimia yang memiliki simbol 'I' dengan nombor atom 53. Unsur ini diperlukan oleh hampir semua mahkluk hidup.
Badan tidak boleh membuat Iodin (Iodium), oleh itu iodin adalah sutu nutrien yang penting dalam diet. Iodin (Iodium) ditemui dalam pelbagai jenis makanan.


Jika kita mengalami kekurangan Iodin (Iodium), badan kita tidak boleh membuat hormon tiroid yang mencukupi.

Oleh itu, kekurangan Iodin (Iodium) boleh menyebabkan pembesaran tiroid (gioter/beguk), hipotiroidisme dan kecacatan mental pada bayi dan kanak-kanak yang ibunya mengalami kekurangan Iodin (Iodium) semasa mengandung.

 
Kepentingan Iodin (Iodium) kepada tubuh
  • Membakar lebihan lemak.
  • Tumbesaran yang normal.
  • Memberi tenaga.
  • Memperbaiki keupayaan mental.
  • Kesihatan rambut, kuku, kulit dan gigi.

Kesan Kekurangan Iodin (Iodium)
  • Tindakbalas mental menjadi lambat.
  • Peningkatan berat badan.
  • Kekurangan tenaga.
  • Beguk
  • Tiroid.

Sumber Iodin (Iodium) Daripada Makanan
 
 
 
  • Keju
  • Susu lembu
  • Telur
  • Yogurt beku
  • Ais krim
  • Multivitamin yang mengandungi iodin
  • Garam yang mengandungi iodin
  • Ikan air masin
  • Rumpai Laut
  • Kerang
  • Susu soya
  • Kicap
  • Yogurt

Kekurangan Iodin (Iodium) adalah perkara biasa, tetapi jika tidak dicegah dengan cepat, boleh menyebabkan kerosakan otak.
 
Daripada satu bilion orang – kira-kira 15 peratus daripada populasi dunia mengalami gangguan kekurangan iodin (IDD).


Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendefinisikan pengambilan Iodin (Iodium) yang optimum – diukur daripada kepekatan median (UI) iodin air kencing (urin) iaitu 100-199 μg/L.


Masalah Kekurangan Iodin Di Malaysia
 
Kajian Kawalan dan Pencegahan Gangguan Akibat Kekurangan Iodin (IDD) Kebangsaan (1995) yang dijalankan dalam kalangan kanak-kanak sekolah yang berumur antara 8-10 tahun di seluruh Negara mendapati bahawa prevalen goiter(beguk) dalam kalangan kanak-kanak sekolah di Semenanjung Malaysia adalah 2.2% manakala Sabah adalah 17.9% dan di Sarawak adalah 0.4%.


Walau bagaimanapun, terdapat beberapa negeri di Semenanjung Malaysia yang prevalen goiternya melebihi 5 peratus dan hal ini menyebabkan keputusan dibuat untuk melaksanakan Program Pencegahandan Kawalan Gangguan Akibat Kekurangan Iodin (IDD) secara menyeluruh di negeri-negeri yang telah dikenalpasti bermasalah.


Selain itu, pelbagai strategi dan aktiviti telah dirancang dan dilaksanakan bagi mengatasi masalah IDD di Semenanjung Malaysia.Program seperti agihan garam beriodin kepada ibu hamil dan kanak-kanak yang menghadapi masalah kekurangan zat makanan di Perlis dan daerah tertentu Kedah, Perak, Pahang, Terengganu dan Kelantan.


Di samping itu, usaha membasmi Gangguan Akibat Kekurangan Iodin turut menitikberatkan pendidikan serta runding cara pemakanan berkenaan kesihatan untuk meningkatkan taraf pemakanan golongan yang menghadapi IDD.


Pengukuran Analisis Iodin (Iodium) dalam air kencing merupakan kaedah yang paling biasa untuk menilai sama ada parasiodin mencukupi untuk seluruh populasi.


Hal ini demikian kerana lebih daripada 90 peratus daripada Iodin (Iodium) dalam pemakanan dikumuhkan dalam air kencing.


Oleh itu, kepekatan Iodin (Iodium) dalam air kencing adalah mencerminkan pengambilan iodin seseorang.


Kaedah makmal yang digunakan untuk mengukur paras Iodin (Iodium) di dalam air kencing adalah kaedah Standard Spectrophotometric dan Inductively Coupled Plasma–Mass Spectrometry (ICP-MS).


Berapa banyak Iodin (Iodium) diperlukan oleh tubuh?
 
Seseorang dewasa hanya memerlukan 150 mikrogram (μg) Iodin (Iodium) setiap hari. Jumlah ini amat sedikit seumpama satu kepala pin peniti kecil.


Memakan makanan yang kaya dengan zat Iodin (Iodium) atau menggunakan garam beriodin di dalam masakan boleh memenuhi keperluan zat Iodin (Iodium) harian kita.


Punca Dan Risiko Kekurangan Iodin (Iodium) 
 
Kurang mengambil makanan yang kaya dengan Iodin (Iodium) iaitu makanan laut seperti ikan, udang, sotong, ketam, kerang dan rumpai laut.


Makan makanan yang mengandungi bahan yang boleh menghalang penyerapan zat Iodin (Iodium) seperti pucuk ubi, ubi kayu dan kobis secara berlebihan.


Kekurangan iodin dan tanda-tandanya
 
Satu daripada tanda-tanda kekurangan Iodin (Iodium) yang paling ketara ialah bengkak di pangkal leher.
 


Keadaan ini dikenali sebagai goiter (beguk) yang disebabkan oleh pembesaran kelenjar tiroid. Pada peringkat awal, tidak semua goiter dapat dilihat tetapi hanya dapat dikesan melalui pemeriksaan rapi.


Cara mengelakkan kekurangan Iodin (Iodium)
 
Kekurangan iodin amatlah mudah untuk dicegah dengan:
  • Memakan makanan yang kaya dengan zat Iodin (Iodium) iaitu sumber makanan laut seperti ikan, kerang, ketam, udang, sotong dan rumpai laut.

Menggunakan garam beriodin dalam masakan setiap hari
  • Garam beriodin ialah garam biasa yang diperkaya dengan zat iodin. Sifatnya sama dengan garam biasa dari segi rasa, warna dan bau.

Mengurangkan kekerapan mengambil makanan yang tinggi kandungan goitrogen
  • Goitrogen adalah sejenis bahan yang boleh menghalang penyerapan zat iodin oleh kelenjar tiroid. Makanan yang kaya dengan goitrogen adalah pucuk ubi, ubi kayu, kobis, bunga kobis, brokoli dan rebung.
  • Memakan terlalu banyak dan kerap makanan yang tinggi kandungan goitrogen untuk jangkamasa panjang boleh memberi kesan kekurangan zat iodin yang teruk.

Menggunakan air beriodin
  • Air beriodin ialah air biasa yang ditambah zat iodin melalui sumber iodin yang diletak dalam alat iodinator.
  • Alat iodinator ini dipasang pada sistem bekalan air di kawasan-kawasan yang dikenalpasti sukar mendapat sumber makanan yang kaya dengan zat iodin.
  • Air beriodin hendaklah digunakan dalam masakan dan minuman harian.

Punca Penyakit Tiroid
 
Hormon Tiroksin (T4) merupakan hormon yang dihasilkan oleh kelenjar tiroid yang terletak dibahagian trakea dan selain menghasilkan tiroksin, kelenjar tiroid juga menghasilkan Triiodotironin (T3) dan Kalsitonin.


Mineral Iodin (Iodium) adalah zat paling penting sebagai kunci pembentukan kedua-dua hormon ini, kerana jika kadar Iodin (Iodium) berlebihan atau kurang, akan mempengaruhi jumlah hormon T4 dan T3.


Hormon yang dihasilkan oleh T3 dan T4 memiliki peranan yang penting dalam proses pertumbuhan dan perkembangan tubuh.
 
Dalam proses pertumbuhan dan perkembangan sangat dipengaruhi dari tenaga yang dihasilkan dari metabolisme sel.


Kedua-dua hormon tiroid mengawal kadar metabolisme di dalam sel yang berkaitan dengan proses laju metabolisme sel, T3 dan T4 akan mengawal bekalan oksigen yang akan digunakan dalam metaboisme sel.


T3 dan T4 juga terlibat dalam mengawal suhu tubuh melalui panas yang dihasilkan dari proses metabolisme.


Laju metabolisme yang dipengaruhi oleh T3 dan T4 akan mempengaruhi fungsi kerja sel-sel lain di dalam tubuh.


Oleh itu, T3 dan T4 akan memelihara denyutan jantung dan tekanan darah dan juga mempengaruhi otot, sistem perncernaan dan juga perkumuhan. 


Apabila tubuh mengalami kekurangan hormon tiroid (T3 dan T4) disebabkan oleh beberapa faktor seperti kekurangan Iodium (iodin), stress dan gangguan pelepasan TRH atau TSH, makan berlakulah masalah metabolisme yang menjadi punca penyakit Tiroid.


Rawatan Asas Tiroid Dengan Makanan Semulajadi
 
Jadi, berdasarkan kepada pengalaman sendiri, jika anda adalah salah seorang pesakit Tiroid, yang pertama adalah mendapatkan bekalan Iodin (Iodium) yang mencukupi untuk mengatasi masalah T3 dan T4 melalui makanan yang tersenarai diatas, kemudian makanlah Badam (Almond) untuk menguatkan antibodi bagi merawat masalah TSH.


Sangat penting untuk meneruskan pengambilan ubatan hospital namun, jika anda seorang pesakit Hypertiroid dan TSH anda kembali normal selepas ujian darah, pengambilan ubat sakit jantung bolehlah dihentikan dan hanya makan jika perlu,
 
Bolehkah Tiroid Disembuhkan Melalui Rawatan Alternatif?
 
Insyaa Allah, boleh. Dan tanpa perlu menjalani pembedahan atau rawatan radioaktif iodin.


Ada dua jenis penyakit tiroid yang utama iaitu:
  1. Hipertiroidisme/Tirotoksikosis (hormon tiroid berlebihan)
  2. Hipotiroidisme (hormon tiroid rendah)

Hipertiroidisme adalah keadaan berlebihan hormon tiroid dalam badan, ini paling kerap disebabkan penyakit “Graves disease” yang mana sistem pertahanan badan mengeluarkan antibodi yang merangsangkan kelenjar tiroid untuk mengeluarkan hormon tiroid yang berlebihan. Rawatan alternatif dengan pengambilan kacang Badam (Almond) dan madu, untuk menguatkan semula antibodi tubuh.
 
Hipotiroidisme pula adalah keadaan kekurangan hormon tiroid dalam badan. Keadaan ini selalunya berlaku disebabkan kegagalan fungsi kelenjar tiroid (primary hypothyroidism). Kadangkala hipotiroidism berpunca dari kegagalan fungsi kelenjar pituitary (secondary or central hypothyroid) yang mengeluarkan isyarat kepada kelenjar tiroid untuk membentuk dan mengeluarkan hormone tiroid. Rawatan alternatif dengan makanan tinggi Iodin.
 
Semoga artikel ini memberi manfaat.
 
Ikhlas,
 
CikguJoy
The Angelgift Legacy Founder

Selasa, 6 Februari 2018

Magnesium (Mg): Nampak remeh, tapi kepentingannya diluar jangkaan anda semua!

Magnesium merupakan makromineral yang penting untuk tubuh. Sebahagian kita tidak mengetahui kepentingannya sedangkan ia sama penting dengan kepentingan kalsium. Kalsium dan magnesium umpama sahabat karib yang tidak dapat dipisahkan. Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa pengambilan kalsium sahaja tanpa magnesium boleh menyebabkan masalah kesihatan yang lain.

Kepentingan Magnesium Untuk Tubuh

Sebanyak 20mg sehingga 28mg magnesium terdapat pada seorang dewasa. Daripada jumlah itu sebahagian besarnya wujud pada tulang dan selebihnya pada otot, tisu lembut dan bendalir tubuh.

Bagi seorang dewasa, mereka memerlukan lebih kurang 300mg magnesium setiap hari untuk mengekalkan kesihatan pada tahap terbaik.

Sayur hijau seperti bayam membekalkan magnesium kerana pusat molekul klorofil mengandungi magnesium. Kekacang, biji-bijian dan sesetengah bijian sempurna, adalah sumber magnesium yang baik.

Walaupun magnesium terdapat pada kebanyakan makanan, ia biasanya wujud dalam jumlah yang sedikit. Seperti kebanyakan nutrien, keperluan seharian magnesium tidak dapat dicapai melalui hanya satu jenis makanan. Kita perlu makan pelbagai jenis makanan daripada buah-buahan dan sayuran serta bijirin.

Magnesium menakjubkan
 
 Dari fb Dr Hafiz Sulaiman, beliau menyebut:

Begitu banyak sekali penyakit di zaman moden ini adalah disebabkan oleh tekanan (stress) yang menyebabkan kesakitan. Otot menjadi tegang, menguncup dan salur darah mengecut. Sel-sel akan kekurangan oksigen dan mungkin menyebabkan tisu kawasan itu mati dan sakit.


Semua disebabkan oleh stress dan penguncupan (contraction). Kejadian stres dan ketegangan ini mungkin disebabkan oleh kekurangan satu mineral utama yang tidak dapat badan kita hasilkan iaitu: Magnesium.

Selain sumber gizi yang kekurangan magnesium, kerosakan sistem pencernaan terutamanya kekurangan asid perut menyebabkan penyerapan magnesium berkurangan. Magnesium mempunyai lebih daripada 300 fungsi biokimia di dalam badan termasuk keseimbangan DNA dan RNA yang membentuk genetik yang sihat. Kekurangan magnesium dikaitkan dengan banyak penyakit kronik. antara yang utama:

1. Melegakan Kesakitan
  • Sakit kepala (Cikgu Joy selalu sakit kepala dulu, sekarang tidak, sebab Cikgu Joy amalkan Ostematrix Shaklee)
  • Sakit, kejang dan tegang otot.
  • Fibromyalgia. (serba sakit sentiasa)

2. Melegakan Masalah Mental
  • Kerisauan (anxiety)
  • Tekanan perasaan (Depression)
  • Susah tidur (Insomnia)
  • Autism dan ADHD
  • Restless leg syndrome
  • Tic (muka berkedip secara tak sengaja)

3. Melegakan masalah lain
  • Tekanan darah tinggi
  • Kencing manis
  • Osteoporosis (tulang rapuh)
  • Ekzema, psoriasis
  • Jerawat
  • Asma

15 Kepentingan Magnesium Untuk Kesihatan

 

1. Mencegah dan melegakan tubuh dari serangan Asma

Magnesium sangat berguna untuk mencegah penyakit Asma, bahkan untuk orang yang telah terkena penyakit asthma yang cukup serius, dapat menormalkan kembali bernafas dengan bantuan zat / suplemen yang mengandungi magnesium.
Magnesium berfungsi untuk:
  • Memberikan kelonggaran kepada otot-otot bronkus dan menormalkan pernafasan
  • Mengurangkan pengecutan otot
  • Membantu mengurangkan pembengkakan dinding bahagian dalam saluran udara

 

2. Meningkatkan metabolisme tubuh

Zat Magnesium juga sangat berperanan dalam membantu sintesis protein, di mana ia boleh membantu tubuh untuk mengaktifkan enzim di dalam tubuh justeru meningkatkan proses metabolisme tubuh.
Magnesium juga dapat meningkatkan sistem imun tubuh, justeru dapat mencegah tubuh dari serangan pelbagai penyakit.

 

3. Menjaga kepadatan tulang

Dari aspek tulang, magnesium berperanan untuk
  • Menjaga kepadatan dan kesihatan tulang
  • Magnesium merupakan mineral penting sebagai penyusun tulang
  • Magnesium juga berperanan dalam menjaga kekuatan otot
  • Membantu mengatur kandungan kalsium, vitamin D, boron dan kuprum yang menjadikan kepadatan tulang terjaga setiap hari
  • Kewujudan magnesium mencukupi dalam tubuh membantu mencegah dan mengurangkan risiko osteoporosis.

 

4. Menjaga kesihatan jantung

Kegunaan lain yang sangat penting dari magnesium adalah menjaga kesihatan jantung, sehingga jantung dapat berfungsi dengan baik. Tubuh yang kekurangan magnesium berisiko terkena penyakit jantung.


  • Magnesium membantu agar denyutan jantung teratur
  • Membantu menenangkan saraf
  • Mencegah stress, gejolak emosi dan rasa cemas berlebihan
Dalam kajian menyebut pengambilan makanan yang mengandungi magnesium dapat membantu mengurangkan risiko kardiovaskular, tekanan darah tinggi, sindrom metabolik serta masalah jantung.

5. Mengendalikan tekanan darah

Magnesium juga berperanan dalam mengawal tekanan darah, mengelakkan tubuh terkena tekanan darah tinggi atau hipertensi. Umumnya pesakit darah tinggi mengalami kekurangan magnesium di dalam tubuh.
  • Magnesium membantu mengawal tekanan darah dimana magnesium berfungsi melebarkan otot polos
  • Membantu menjaga pembuluh darah agar tetap lembut dan lentur
  • Menjaga kualiti tidur – di mana kualiti tidur memberikan pengaruh besar terhadap risiko tekanan darah tinggi dan pelbagai lagi kesihatan keseluruhan.

 

6. Mengurangkan risiko diabetes jenis 2

Menurut sebuah kajian, magnesium mempunyai peranan penting dalam mengurangkan risiko diabetes jenis 2, kerana magnesium dapat mempertahankan homeostasis glukosa dan mengatur rembesan dan sensitiviti insulin.
Dari segi diabetes jenis 2, magnesium dapat membantu meningkatkan reaksi insulin untuk mengekalkan tahap gula dalam darah

 

7. Mencegah sembelit

Salah satu cara efektif untuk mengelakkan sembelit adalah dengan pengambilan magnesium yang mencukupi. Fungsi magnesium dalam hal ini adalah:
  • Mengaktifkan otot-otot usus sehingga dapat membantu pergerakan usus
  • Menarik air yang digunakan untuk melembutkan najis sehingga pembuangan lancar

 

8. Magnesium penting bagi Ibu mengandung

Magnesium adalah salah satu elemen penting semasa mengandung. Pengambilan suplemen magnesium yang sesuai sangat digalakkan untuk mengurangkan risiko osteoporosis dan menjaga kestabilan tekanan darah.
Peranan magnesium untuk ibu mengandung adalah;
  • Mencegah kekejangan dan cramp
  • Mencegah pre eklampsia dan darah tinggi
  • Membantu memelihara kekuatan tulang ibu dan bayi
  • Menjaga tahap insulin dan gula dalam darah
  • Membantu enzim untuk fungsi sistem tubuh
  • Mencegah sembelit pada ibu mengandung
  • Mencegah denyutan jantung tidak teratur
  • Menjaga kadar kolesterol
Banyak kan? Ada peranan lain lagi kepada ibu mengandung di mana magnesium membantu mempermudahkan proses bersalin iaitu semasa contraction yang mana berlaku pengecutan otot. Ini saya akan kupas dalam posting yang lain.

 

9. Melegakan ketegangan otot dan stress

Magnesium berperanan untuk melegakan sakit-sakit punggung, meredakan stress dan ketegangan pada otot. Ini kerana magnesium membantu dalam penyerapan kalsium dan bermanfaat dalam proses penyembuhan tulang. Gejala kejang kaki dan keletihan biasanya disebabkan oleh kekurangan magnesium.
Untuk mengatasi sakit otot, elok tambah makanan dengan vitamin D kerana ia sering dikaitkan dengan kekurangan vitamin D.

 

10. Mencegah serangan jantung

Serangan Jantung
Pesakit jantung umumnya kekurangan magnesium dan ini memberikan kesan buruk kepada jantung. Peranan magnesium kepada jantung adalah:

  • Melindungi jantung daripada masalah denyutan jantung tidak teratur
  • Menenangkan saraf dan mencegah muntah, cramp, gangguan pencernaan, perut kembung dan sembelit
  • Menurunkan risiko pembekuan atau penggumpalan darah

 

11. Mengatasi stres, kemurungan dan gangguan kejiwaan

Magnesium boleh bertindak sebagai ubat antidepresan iaitu dapat mengurangkan gejala kemurungan. Dalam satu kajian mendapati, kekurangan magnesium menyebabkan timbulnya risiko kemurungan yang cukup tinggi. Dalam hal ini magnesium bertindak untuk meningkatkan kadar serotonin (hormon gembira).



 

12. Menghasilkan kolagen

Magnesium membantu pengeluaran protein di dalam tubuh, yang secara perlahan nantinya berubah menjadi kolagen. Kolagen secara umumnya terdapat pada kornea, tendon, ligamen, kulit, tulang, usus, tulang rawan dan pembuluh darah. Kolagen mempunyai kandungan serat yang sangat bermanfaat untuk menjaga kekuatan dan struktur otot.

Kolagen juga mempunyai fungsi untuk membentuk dinding pembuluh darah, arteri dan kapilari, sehingga memberikan kekuatan pada dinding darah. Manfaat lain iaitu menjaga kekuatan tulang dan gigi.
Berdasarkan dari sebuah kajian FDA (Food And Drug Administration) mengatakan bahawa kolagen berperanan dalam proses regenerasi tulang rawan. Manfaat kolagen selajutnya iaitu menjaga kesihatan rambut dan kuku. Kolagen merangsang pertumbuhan rambut dan menguatkan kuku.

 

13. Menyerap mineral

Magnesium mempunyai peranan dalam membantu menyerap vitamin dan mineral penting di dalam tubuh, seperti natrium, kalsium, kalium dan fosfor. Penyerapan mineral terjadi semasa di dalam usus kecil. Kehadiran magnesium yang cukup di dalam tubuh, membantu dalam proses men-detoksifikasi banyak racun berbahaya di dalam tubuh, untuk dibuang keluar.

 

14. Kawalan fungsi pundi kencing

Banyak wanita yang mengalami masalah sering ingin buang air kecil, kemudian masalahnya dapat diselesaikan dengan bantuan pengambilan makanan tambahan magnesium. Masalah buang air kecil (kencing) ini boleh muncul dari beberapa punca, seperti masalah nefritis, jangkitan dan lain-lain.

Dengan pengambilan magnesium yang mencukupi badan dapat mencegah dari pundi kencing ini. Jangkitan saluran kencing biasanya bermula dari uretra dan pundi kencing, dan berkembang ke ureter dan buah pinggang apabila tidak dirawat.

 

15. Mengaktifkan enzim

Magnesium berperanan dalam membantu meningkatkan pengeluaran tenaga dalam tubuh, serta pengaktifan enzim untuk menghasilkan sel tenaga di dalam tubuh. Tanpa magnesium, tubuh anda tidak boleh dengan baik untuk mencerna makanan. Tubuh memerlukan magnesium untuk membantu proses pencernaan makanan, membantu mengatur tembaga, kalium, zink, vitamin D dan kadar kalsium, dan mengaktifkan enzim yang diperlukan tubuh. Magnesium sangat penting untuk sintesis enzim protein dan membantu menjadi pemangkin reaksi kimia dalam tubuh, seperti mengatur suhu tubuh.


Magnesium bekerja untuk menghasilkan dan menyimpan tenaga. Tanpa magnesium, tidak ada tenaga atau gerakan di dalam tubuh, yang bermakna tidak ada kehidupan.


Tips Memilih Suplemen Kalsium Magnesium

Antara tips yang baik adalah:
  1. Pilihlah produk yang ada vitamin D dan magnesium
  2. Elakkan produk yang dibuat dari tulang dan dolomite untuk mengelak keracunan plumbum.
  3. Elakkan mineral chelated kerana proses tersebut boleh menyebabkan tubuh menyerap logam berat tercemar dan toksin dalam proses menyerap mineral.
Untuk proses tubuh yang normal dan menjaga kesihatan, jom kita tambah khasiat magnesium dalam diet harian kita. Semoga artikel ini bermanfaat. Bersama kita menjaga kesihatan.

Ikhlas,

Cikgu Joy
The AngelGif Legacy Founder

Ahad, 4 Februari 2018

Ostematrix Shaklee: Bukan Sekadar Kalsium

Dianggarkan satu daripada tiga wanita dan satu daripada 12 lelaki berumur melebihi 50 tahun kini menderita akibat osteoporosis di seluruh dunia. Kos bagi rawatan osteoporosis seluruh dunia untuk semua peringkat umur pula dijangka meningkat kepada AS$131.5 bilion (RM432.4 bilion) menjelang 2050. Selain itu, insiden keretakan pinggul di seluruh dunia dijangka meningkat sebanyak 240 peratus bagi wanita dan 310 peratus bagi lelaki menjelang 2050. -FAKTA



Osteoporosis ini atau mudah dikenali dengan kata lain "bongkok". Adakah gejala bongkok ni merupakan proses semulajadi penuaan? Dalam ertikata lain, bila sudah tua, automatik akan menjadi bongkok. Benarkah?

Biasa orang kaitkan kalsium dengan tulang, kan? Sebenarnya, BUKAN KALSIUM SEMATA-MATA yang terlibat dalam pembinaan tulang. Situasinya seperti ini. Kalsium adalah batu-bata dalam proses pembinaan tulang. Bolehkan kita membina bangunan yang kukuh dengan batu-bata sahaja tanpa simen atau mortar untuk melekatkannya antara satu sama lain? Jawapannya TIDAK BOLEH. Di sinilah pentingnya mineral lain seperti magnesium, boron, zink, kuprum, mangan vitamin K dan vitamin D.

Shaklee yang sejak dari dulu lagi sangat prihatin tentang kesihatan manusia sejagat. Buktinya, Shaklee telahpun mengeluarkan tablet suplemen  Kalsium khas untuk pembentukan tulang yang kuat iaitu OSTEMATRIX.




Ostematrix terbukti secara klinikal menyediakan matriks nutrien penting bagi membina dan mengekalkan tulang dan gigi yang kuat.

Di samping  membina tulang yang kuat dan gigi, nutrien dalam Ostematrix juga bertindak:

  • Membantu mengekalkan tekanan darah yang normal
  • Membantu dalam pengecutan otot dan tindakbalas saraf
  • Membantu mengurangkan gejala PMS seperti kembung, kejang, water retention, cepat marah, dan kemurungan
Ostematrix bukan sekadar Kalsium: 


  • 1,000 mg (100% DV) unsur kalsium daripada sumber-sumber semulajadi yang pekat dan mudah diserap
  • 400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang dan menguatkan mereka
  • 400 IU vitamin D (100% DV) untuk merangsang penyerapan kalsium

Walau bagaimanapun, senaman yang kerap dan diet yang sihat dengan kalsium tambahan boleh mengurangkan risiko osteoporosis, terutama terhadap warga tua.
Pengambilan kalsium yang mencukupi adalah penting, tetapi pengambilan harian melebihi 2,000 mg tidak mungkin untuk memberikan apa-apa manfaat tambahan, malah memberi mudarat sekiranya ia tidak dikeluarkan dari tubuh.
Oleh itu, anda perlulah mendapatkan konsultasi yang tepat sebelum mula mengambil Ostematrix sebagai suplemen anda.

sebarang info dan pembelian boleh hubungi saya:

Harga: RM64.66 Termasuk GST





ATAU anda boleh melanggan/beli secara online. Tekan butang dibawah.

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=5ddc335a3ffda583d15bef0ad722687d

Selepas pembelian, 
sila hubungi nombor di bawah 
untuk dapatkan jadual dan cara pemakanan 
Ostematrix serta konsultasi percuma



Khamis, 1 Februari 2018

GULA: Peyumbang Kepada KOLESTEROL Tinggi


Ramai daripada kita tahu bahawa gula menyebabkan kencing manis dan obesiti. Tetapi ramai yang tidak tahu bahawa gula juga menyebabkan kolesterol tinggi. Perkara ini sangat berkait rapat dengan metabolisma gula di dalam badan kita.



Jika ingin faham kenapa makan gula boleh meningkatkan kadar kolesterol dalam badan, anda kena faham perkara ini dahulu.⇩⇩⇩

Metabolisma gula dalam penghasilan kolesterol


Bila kita cakap tentang metabolisma gula ini secara asasnya ia adalah proses bagaimana penguraian gula berlaku sehingga ia menghasilkan tenaga atau produk lain seperti lemak, kolesterol dan hormon.

Metabolisma gula dalam penghasilan tenaga berlaku di dalam sel. Apabila gula memasuki sel badan, ia akan diuraikan menjadi acetyl CoA supaya ia boleh masuk ke dalam peringkat lain dan digunakan dalam penghasilan tenaga.

Bermula daripada atas, gambar ini menunjukkan bagaimana glukosa(gula) ditukarkan kepada Acetyl CoA. Ia juga akan masuk ke dalam ‘Krebs cycle’ untuk menghasilkan tenaga yang akhirnya berbentuk ATP(adenosine triphosphate


Jika seseorang itu banyak menggunakan tenaga sebagai contoh melakukan kerja berat, bersenam dan sentiasa aktif, maka kompaun acetyl CoA tersebut akan ditukarkan menjadi tenaga di dalam Mitochondria.

Mitochondria ini adalah salah satu organelle di dalam sel. Kita andaikan mitochondria ni seperti organ dalam badan. Organ dalam badan kan banyak dan mempunyai fungsi yang berlainan. Jantung untuk pam darah. Buah pinggang untuk buang urea dan creatinine dan kawal jumlah garam dalam badan. Begitu juga dalam sel. Ada organ-organnya seperti ribosom, mitochondria dan lain-lain lagi. 



Fungsi mitokondria adalah untuk menghasilkan tenaga daripada metabolisma gula,  lemak dan protein.





Jika seseorang itu tidak menggunakan jumlah tenaga yang banyak, maka acetyl CoA ini perlu disimpan dalam bentuk yang lain seperti lemak dan juga KOLESTEROL.

Sebab itulah jangan terkejut jika anda sihat, tetapi anda mempunyai bacaan kolesterol yang tinggi dalam darah.


Gambar menunjukkan proses penghasilan kolesterol dimana 
bahan asas yang digunakan untuk menghasilkan kolesterol adalah daripada acetyl CoA

Makan makanan yang banyak kolesterol tidak apa-apa?

Berdasarkan saranan yang dikeluarkan oleh Jabatan pertanian US(US department of agriculture), mereka mengatakan bahawa kolesterol merupakan satu bentuk nutrien yang tiada masalah jika diambil secara berlebihan. 

Jangan terkejut pula kenapa jabatan pertanian yang bagi kenyataan tersebut kerana dibawah jabatan tersebut wujudnya pusat polisi nutrisi dan promosi(Center for Nutrition Policy and Promotion) di mana ia terlibat dengan penghasilan ‘Dietary guideline’.Ini adalah kenyataan daripada USDA dietary guideline

"Cholesterol is not a nutrient of concern for overconsumption"


Kalau di US banyak berita yang viral terhadap kenyataan ini. Ada yang mengatakan tidak mengapa makan banyak-banyak kolesterol sebab ia tidak akan diserap ke dalam badan. Tidak mengapa kalau kolesterol tinggi dalam badan, ia tidak akan menyebabkan sakit jantung, stroke dan sebagainya.

Big Pharma yang menjual ubat kolesterol hanya mengaut keuntungan secara buta-buta kerana kolesterol tidak menyebabkan sakit jantung. Dan banyak lagi kisah konspirasi yang keluar selepas itu.

Jadi kita nak bagi tahu beberapa perkara:

1) Makan makanan yang ada kolesterol tidak menyebabkan kenaikkan kolesterol yang tinggi di dalam darah. Ini disebabkan kebanyakkan bentuk kolesterol dalam makanan adalah bentuk kolesterol yang berester(esterified cholesterol) di mana kolesterol jenis ini sangat sukar di serap oleh usus. 

Satu kajian iaitu Shin et al(2013) menunjukkan pengambilan telur setiap hari tidak menyebabkan kenaikkan serum kolesterol dalam badan. Kita tahu telur tinggi dengan kolesterol tetapi pengambilannya tidak menyebabkan kenaikkan jumlah kolesterol dalam badan.

Walau bagaimanapun dalam kajian yang sama juga menunjukkan pengambilan telur oleh mereka yang mempunyai kencing manis meningkatkan risiko untuk terkena penyakit strok dan sakit jantung.

2) Jumlah kolesterol dalam badan kita majoritinya adalah dihasilkan oleh badan kita sendiri. Sebab itu, jika kita ingin merawat pesakit yang mempunyai kolesterol tinggi kita akan bagi ubat jenis statin. Iaitu sejenis ubat yang akan merencat penghasilan kolesterol di dalam badan. Bukan daripada Kolesterol di dalam makanan.

3) Kolesterol dihasilkan oleh metabolisma gula yang akan menjadi acetyl CoA. Jika tidak digunakan Acetyl CoA akan ditukarkan menjadi kolesterol dan juga lemak

4) Walaupun kolesterol dalam makanan tidak diserap dengan baik oleh usus, tidak bermakna anda boleh makan-makanan yang berkolesterol tinggi sesuka hati seperti daging yang banyak lemak dan sebagainya. Kerana kita tahu bahawa makanan yang berkolesterol tinggi juga mempunyai lemak tepu(saturated fat) yang tinggi juga. 

Pengambilan lemak tepu yang tinggi juga akan menyebabkan kenaikkan dalam paras kolesterol dalam darah.

Malah pengambilan kolesterol yang tinggi pada pesakit yang mempunyai kencing manis juga akan menyebabkan kenaikan risiko penyakit seperti sakit jantung dan strok
Oleh itu, pengambilan makanan yang mempunyai kolesterol masih perlu dikawal dan tidak boleh diambil dengan sewenang-wenangnya.

Macam mana hendak turunkan kolesterol?

Disini saya sediakan beberapa tips untuk mengurangkan tahap kolesterol dalam darah?

1) Kurangkan pengambilan gula

Seperti yang saya katakan gula juga boleh ditukarkan menjadi lemak dan juga KOLESTEROL. Maka, ambillah ia secara berpada-pada. Ia disebabkan hasil metabolisma tersebut menjadi satu kompaun iaitu Acetyl CoA. Kompaun inilah yang menjadi unit asas bagi penghasilan kolesterol.

2) Kurangkan pengambilan lemak terutamanya lemak tepu(saturated fat) dan juga lemak trans(trans fat).

Lemak tepu ini bermaksud ikatan kimia diantara rantaian unsur karbonnya telah penuh ataupun ‘tepu’ dengan unsur hydrogen. Sebab itu kita panggil lemak tepi Lemak tak tepu pula bermaksud ikatan kimia diantara rantaian unsur karbonnya belum lagi tepu dengan unsur hydrogen. Unsur hydrogen masih lagi boleh dimasukkan ke dalam rantain karbon tersebut dengan menggunakan proses kimia iaitu proses penghidrogenan (hydrogenation).

Lemak trans pulak adalah sejenis lemak tak tepu. Tetapi bagaimana struktur ikatan kimia pada tempat yang tidak tepu itu berbentuk ‘trans’. Jika ia berbentuk ‘cis’, lemak tersebut adalah lebih baik. Lemak trans nih selalunya wujud apabila kita menggunakan minyak sayuran berkali-kali. Dan ia juga wujud sangat banyak di dalam lemak sayuran yang ditukarkan kepada lemak tepu dengan menggunakan proses ‘hydrogenation’.

Sebagai contoh yang banyak lemak trans adalah Marjerin

Gambar menunjukkan perbezaan diantara lemak tepu, lemak tak tepu dan lemak trans



Kajian menunjukkan pengambilan lemak trans adalah lebih berbahaya berbanding dengan lemak tepu yang sebenar iaitu daripada haiwan sebagai contoh butter.

Terdapat juga jenama yang meletakkan nama produknya ‘butter***’ tetapi ia sebenarnya bukan butter. Ia adalah marjerin. Oleh sebab itu, jika anda nak beli butter pastikan ia adalah butter yang original. Anda boleh tahun dengan melihat kandungan di belakang produk tersebut. Jika ia tulis bahan-bahannya daripada minyak sayuran, maka ia bukan butter yang original. Butter yang original adalah daripada susu haiwan.

Gambar menunjukkan terdapat trans fat yang tinggi dalam produk tersebut. Bahan yang digunakan pula adalah daripada minyak sayur yang dihydrogenkan. Sebab itu lemak trans nya tinggi

Selain itu, anda juga boleh kurangkan kolesterol dengan:

3) Mengurangkan berat badan
4) Melakukan senaman
5) Kalau tinggi sangat bacaan kolesterol, baru kita bagi ubat kolesterol.

Kena ingat ya, saya tidak suruh untuk tinggalkan gula secara sepenuhnya. Saya  tidak suruh tinggalkan lemak secara sepenuhnya. Tetapi apa yang kita perlu tahu adalah pengambilan makanan yang seimbang. Lemak ambil secara secukupnya, gula ambil secara secukupnnya, protein pun sama dan sayur-sayuran pun sama. Disamping itu tidak lupakan juga senaman.


Pengganti manis pula macam mana?
 
Apa yang saya mahu pembaca faham adalah kita kena kawal ketagihan kita pada makanan yang berasa manis. Maksudnya kita faham kalau kita mahu makan benda manis boleh, tapi pada kadar yang sepatutnya

Pengganti manis itu hanya akan menggantikan kemanisan kita pada benda lain sahaja. Ia tidak merawat perasan ketagihan kita. Sebab itu, kita sendiri kena berusaha untuk mengurangkan pengambilan makanan yang manis dan mengawal ketagihan tersebut.

Tanyalah mana-mana pakar permakanan ataupun pakar nutrisi, mereka tidak akan mengesyorkan pengganti gula. Tetapi apa yang mereka hendak adalah bagaimana kita kawal cara permakanan kita. Itulah yang paling utama.

Jadi hiduplah secara sederhana. Semoga artikel ini memberi manfaat.

Luv:
CikguJoy
The AngelGift Legacy Founder




Sumber Rujukan:
  1. Scientific Report of the 2015 Dietary Guidelines Advisory Committee. Part D. Chapter 1: Food and Nutrient Intakes, and Health: Current Status and Trends. https://health.gov/dietaryguidelines/2015-scientific-report/06-chapter-1/d1-2.asp
  2. Siri PW, Krauss RM.Influence of dietary carbohydrate and fat on LDL and HDL particle distributions. Curr Atheroscler Rep. 2005 Nov;7(6):455-9.
  3. Eckel RH, Jakicic JM, Ard JD, de Jesus JM, Houston Miller N, Hubbard VS, et al. 2013 AHA/ACC guideline on lifestyle management to reduce cardiovascular risk: a report of the American College of Cardiology/American Heart Association Task Force on Practice Guidelines. Circulation. 2014;129(25 Suppl 2):S76-99. PMID: 24222015. http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/24222015.
  4. Shin JY, Xun P, Nakamura Y, He K. Egg consumption in relation to risk of cardiovascular disease and diabetes: a systematic review and meta-analysis. Am J Clin Nutr. 2013;98(1):146-59. PMID: 23676423. http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/23676423
  5. Hooper L, Martin N, Abdelhamid A, Davey Smith G. Reduction in saturated fat intake for cardiovascular disease. Cochrane Database of Systematic Reviews 2015, Issue 6. Art. No.: CD011737. DOI: 10.1002/14651858.CD011737.
  6. de Souza RJ, Mente A, Maroleanu A, Cozma AI, Ha V, Kishibe T, Uleryk E, Budylowski P, Schünemann H, Beyene J, Anand SS. Intake of saturated and trans unsaturated fatty acids and risk of all cause mortality, cardiovascular disease, and type 2 diabetes: systematic review and meta-analysis of observational studies. BMJ. 2015 Aug 11;351:h3978. doi: 10.1136/bmj.h3978.